KUALA TERENGGANU: Masalah bekalan air yang sering menghantui penduduk di daerah Marang terutama pada musim perayaan dijangka selesai dengan siapnya projek Tangki Air Imbangan MIEL dan Tangki Gondang.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU) Abdul Karim Endut berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Beliau berkata hasil kedua projek berkenaan berjaya menaikkan keupayaan bekalan air terawat daerah Marang daripada 65 juta liter sehari (JLH) kepada 95 JLH.
"Projek ini merupakan sebahagian daripada komponen tambahan Projek Kuala Terengganu Utara yang bertujuan meningkatkan keupayaan penyaluran air terawat.
"Seramai 31,000 pengguna di Marang menerima manfaat daripada projek itu terutama dengan kedatangan Aidilfitri bulan depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tangki Imbangan MIEL dan Tangki Gondang yang berkapasiti 10,000 meter padu mula beroperasi pada 2006.
Bagaimanapun, pertambahan populasi penduduk yang pesat di daerah itu beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan rakyat berdepan masalah air kritikal sejak tiga tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Tangki Imbangan MIEL dan Tangki Gondang yang berkapasiti 10,000 meter padu mula beroperasi pada 2006. - Facebook SATU water
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Abdul Karim berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Slim Memilih: Lapan bulan orang Asli Kampung Changkat Ramu minum air berkeladak, kotor
Lebih memeritkan, rata-rata terpaksa mengangkut air sejauh 100 meter dari telaga yang digali sendiri oleh penduduk untuk kegunaan harian.
Bekalan air di 20 kawasan di Gombak dijangka pulih pagi esok - Air Selangor
Gangguan bekalan air di 20 kawasan dalam wilayah Gombak dijangka pulih sepenuhnya pada 9.30 pagi esok.
Kebocoran bahan kimia dari lori tangki di Lebuhraya PLUS
Pasukan ERT dari syarikat Malay-Sino Chemicals Industries Sdn Bhd telah sampai di lokasi kejadian dan menjalankan kerja-kerja pemindahan bahan kimia.
Bertenang, tiada kebocoran gas dalam insiden kebakaran PIC - Puah
Jimmy Puah berkata, malahan letupan yang berlaku hanya melibatkan paip dan bukanlah tangki dan pihak Petronas juga telah mengesahkan bahawa bacaan kualiti udara adalah stabil.
Kereta Proton mampu dipandu sejauh 640km dengan hanya satu tangki penuh
Peserta memandu sama ada Proton Saga 1.3 CVT, Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT, dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Ipoh dan kembali ke Setia Gemilang Auto, Shah Alam.
Kebakaran KBC berkemungkinan berpunca aktiviti penyelenggaraan - Bomba
Bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran tiga tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) berpunca daripada aktiviti penyelenggaraan.
Operasi pemadaman kebakaran KBC tamat
Sharikan Bustaman berkata pemantauan yang dilakukan pihaknya tidak menemui sebarang punca yang mungkin akan menyebabkan tercetusnya kebakaran.
KBC akan kembali beroperasi selepas dapat kebenaran bomba
Ketua Pegawai Eksekutifnya Sanjay Groover berkata perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pihak berkuasa tempatan berkenaan perkara tersebut.
Api dua tangki minyak mentah KBC berjaya dipadamkan
Setelah beroperasi selama 43 jam sejak Khamis lepas, api pada dua tangki berjaya dipadamkan sekitar 6.40 pagi dan 10 pagi tadi.